Isnin, 24 Mei 2010

AKAN DATANG

KELAS BIMBINGAN SENI KHAT :

DI MASJID JAMEK AS-SYARIF, FELDA PASIR RAJA, KULAI, JOHOR
(Tarikh dan masa akan diberitahu kemudian)
Untuk maklumat lanjut :
Sila hubungi Cikgu Syukur bin Hj. Omar

Isnin, 1 Februari 2010

WEB BARU

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN KE BLOG SAYA.
SILA LAWATI WEB BARU SAYA DI ALAMAT SEPERTI DI BAWAH UNTUK DAPATKAN PELBAGAI MAKLUMAT LAGI MENGENAI SENI KHAT.

Ahad, 10 Januari 2010

KELAS BIMBINGAN SENI KHAT


Sebahagian dari pelajar Kelas Seni Khat di Masjid BBU, JB

Satu lagi Kelas Seni Khat anjuran Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor telah dan sedang berjalan pada setiap hari Ahad, jam 9:30 pagi hingga 11:30 pagi di Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Kelas ini telah bermula semua setelah sekian lama diberhentikan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Setakat hari ini jumlah yang menyertainya belum beberapa ramai dan berkemukinan ianya akan bertambah pada masa akan datang. Kelas ini dibuka setiap pagi Ahad bagi memartabatkan Seni Warisan Islam supaya tidak ditelan zaman. Pelbagai peringkat umur dari serendah 7 tahun sehingga dewasa (20 tahun ke atas) antara pelajar yang menyertainya secara PERCUMA. Tahniah dan terima kasih khususnya kepada AJK Pengurusan Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru di atas usaha murni ini, semuga ianya akan diberkati. Bersama kita memartabatkan Seni Warisan Islam ini...

rajin dan usaha tangga kejayaan

"Dengan menulis Seni Khat dapat melatih kita menjadi orang yang sabar"

Khamis, 24 Disember 2009

PAMERAN DAN DEMONTRASI SENI KHAT

Johor Bahru, 12 dan 13 Disember 2009, Satu lagi pameran dan demontrasi Seni Khat telah saya sertai sempena Program Petrosains di Perpustakaan Johor Bahru baru-baru ini. Porgram Petrosains ini di adakan disepanjang musim cuti sekolah. Pelbagai acara disediakan untuk menarik minat murid-murid mendalami serta memperolehi ilmu serta menanam minat mereka mengenai sains khususnya. Saya di beri peluang menyertai Pameran dan Demontrasi Seni Khat selama dua hari di sana. Selain pameran mengenai sains dan matematik, pihak penganjur juga menyediakan pameran berbentuk seni dan kraftangan. Tahniah kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat dalam usaha ini. Semuga ianya menjadi sumber inspirasi kepada generasi baru sebelum mengorak langkah memimpin negara pada masa akan datang.

Datuk Mohamad Nor Khalid (Kartunis Lat) sedang menurunkan tandatangan kenang-kenangan sempena Program Petrosains di Perpustakaan Johor Bahru


Bersama rakan En. Johan

Kenangan untuk Datuk Lat.. (Hiduplah Seni Lukis Kartunis Malaysia)

Jumaat, 23 Oktober 2009

MARI BELAJAR MENULIS KHAT NASAKH

Program belajar menulis Khat Nasakh ini ditujukan kepada anda untuk menambah pengetahuan dalam kaedah penulisan khususnya bagi huruf-huruf tunggal. Bagi anda yang berminat bolehlah mengikuti program ini dari masa ke semasa. Saya akan terbitkan video penulisan bagi huruf tunggal, kalimah dan ayat mudah untuk dijadikan koleksi anda. Anda boleh melakukan muat turun video ini untuk simpanan dan rujukan anda pada masa akan datang. Penulis dalam video ini adalah Ustaz Zawadi dari IPI, Bangi. Semuga ianya memberikan manfaat kepada anda.

Perhatikan betul-betul bagaimana cara menulis huruf Ra'. Cuba tulis mengikut ukuran titik yang telah ditetapkan dan ulangi beberapa kali sampai jadi... Huruf Ra' dan Zai adalah sama bentuknya... Ikuti pula bagi huruf-huruf lain pada masa akan datang.

SELAMAT MENCUBA

video

Jumaat, 9 Oktober 2009

KENANGAN MANIS





Setiap peristiwa meninggalkan sejarahnya yang tersendiri. Semestinya menjadi satu memori manis atau sebaliknya yang dijadikan ukuran untuk masa akan datang. Namun begitu, bersyukurlah kepada Yang Maha Esa diatas segala nikmat yang dikecapi. Insya'ALLAH akan diberkati.